Monday, July 25, 2011

Apa Beza Cinta Sebelum & Selepas Kahwin?

first2 aku ckp awal2 smua yg kat bawah ni aku ambil dari page 'pakar cinta'..so aku nak kongsi kat korang smua yg sedang hangat bercinta spaya tau cinta time mana dsanrankan oleh agama..




Cinta SEBELUM KAHWIN



Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup.
Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.


Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan.


Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:
  1. Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan.
  2. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
  3. Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu.
  4. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
  5. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
  6. Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidupsehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya.
  7. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.
  8. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.
Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak.
Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.


Cinta SELEPAS BERTUNANG

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin.
Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan.
Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran.
Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.


Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk bersentuhan, berciuman dan sebagainya.

Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.


Cinta SELEPAS KAHWIN

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an ayat-21 surah Ar-Rum,
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran” (Ar-Rum, Ayat 21)
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.

Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. 


Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain.
Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.

Monday, June 20, 2011

Liri LaGu yg memberi sribu mkna baGiku

Izinkan Selamanya Namamu Di Hati

Artist: E.Y.E.
Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sedah ikatan cinta


Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati


Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu


Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman

Friday, June 10, 2011

keLanTan vs teRenGgaNu

salam 1 malaysia tuk smua..

lama benor dah aku x update bl0g aku (da 3 bulan da)..so time dok keje td terpikir plak aku tuk update blog..memandangkan bahang final piala FA da nak smpai ke kemuncaknya, s0 aku tlis psal final FA cup la..

tanggal 11 jun 2011, dua negri pantai timur iaitu kelantan(kijang) dan terengganu(penyu) akan berentap pada pentas akhir piala FA di stadium nasional bkit jalil..aku akan bg skongan spenuhnya kpd squad The Red Warriors even aku x pi tngok stadium(dlm 2 lg)..haha..smoga piala FA kali ni balik ka bumi kelantan.. :)


squad kijang

squad penyu



Sunday, March 6, 2011

Siapa Lagi Hebat?



Malam ni pertembungan menarik antara RED DEVIL  dan THE RED..malam ni juga pertembungan 2 org pengurus yg berasal dari Scotland..kita tngok yg mana lg hebat..so sama2 kita tngok 2130H waktu tempatan..


Barisan kemungkinan Man u : Van de Sar,O'shea,Smalling,West Brown,Evra,Flecther,Carrick,Scholes,Nani,Rooney,Berbatov


Barisan kemungkinan Liverpool : Reina,Johson,Skrtel,Carragher,Danny Wilson,Fabio Aurelio,Meireles,Lucas,GerrardKuyt,Suarez..


Wednesday, February 16, 2011

Layan Lagu dlm Filem " Hantu Kak Limah Balik Rumah"...

CINTA KRISTAL (RAHIM MAAROF)

Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang ( 3X )


Thursday, December 2, 2010

about Manchester united football club




MANCHESTER UNITED FOOTBALL CLUB



Full name     : Manchester United Football Club

Nickname(s)      : The Red Devil

Ground         : Old Trafford ( capacity: 75,957)

Owner            : Glazer family

Co-chairman      : Joel & Avram Glazer

Manager         : Alex Ferguson

League            : Premier league 



A red shirt with a white collar and a white stripe on each sleeve. White shorts with a black stripe on either side. Black socks with red tops and white trim.
Home colours
A white shirt with black shoulders and a red pattern on both sleeves. Black shorts with a white stripe on either side. White socks with black tops and red trim.
Away colours
A black shirt with a shallow blue chevron on the chest. Black shorts with a blue stripe on either side. Black socks.
Third colours




No.PositionPlayer
1NetherlandsGKEdwin van der Sar
2EnglandDFGary Neville (club captain)
3FranceDFPatrice Evra
4EnglandMFOwen Hargreaves
5EnglandDFRio Ferdinand
6EnglandDFWes Brown
7EnglandFWMichael Owen
8BrazilMFAnderson
9BulgariaFWDimitar Berbatov
10EnglandFWWayne Rooney
11WalesMFRyan Giggs
12EnglandDFChris Smalling
13South KoreaMFPark Ji-Sung
14MexicoFWJavier Hernández
15SerbiaDFNemanja Vidić (team captain)
16EnglandMFMichael Carrick
17PortugalMFNani
18EnglandMFPaul Scholes
20BrazilDFFábio